Thursday, 28 January 2016

Cara Untuk Jimatkan Kos Sara Hidup



Selamat tahun 2016 semua!!! :) walaupun dah nak hujung bulan Januari pun aku tetap nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 ...semoga tahun ini kehidupan anda semua lebih baik dan bahagia.

Penulisan karya agung aku kali ini memang seriuuuss dan semoga dapat memberi inspirasi kepada anda.Semoga berjaya!!

*AMARAN KERAS SEMUA IDEA DAN KANDUNGAN MAKLUMAT DALAM ENTRY INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA TIDAK KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN MATI.JANGAN DILAKUKAN DI RUMAH ATAUPUN RUMAH JIRAN-JIRAN ANDA.BACA DENGAN RISIKO ANDA SENDIRI.

10 Cara Menjimatkan Kos Sara Hidup Tinggi Yang Stress Giller

1. GUNA BASIKAL
Jika mempunyai kenderaan seperti kereta atau motosikal sila jualkan dan beli basikal kerana basikal dapat menjimatkan kos.NO PETROL NO MAINTAINENCE NO MONTLY SERVICE kalau rosak pun murah jer nak baiki.Disamping itu boleh feeling-feeling macam peserta Le Tour De Langkawi..

2. INTERNET
Zaman sekarang internet terlalu penting..nak beli data mahal jadi jangan beli..Sila gunakan wifi free seperti di restoran mamak,kfc,dan wifi jiran..berbaik-baiklah dengan jiran ente mudah-mudahan dia nak kongsikan password.

3.JIMAT MAKAN
Makan maggi dengan air kosong jer setiap hari..potong dua mi maggi tu..separuh untuk sarapan separuh lagi untuk makan malam.Kalau dah jemu anda boleh ziarah jiran-jiran ente nanti pasti jiran akan sediakan sedikit hidangan..bersyukurlah walaupun biskut kering.

4. SHOPPING
- error404 -

5. SEWAKAN BILIK
Jika anda tinggal dalam rumah sewa dan mempunyai bilik kosong sila cari roommate dan tong-tong duit sewa rumah..kalau rumah sewa anda ada 3 bilik kosong..cari 12 orang roommate dengan ini sewa rumah anda jadi murah.

6.KITAR SEMULA
Kitar semula semua benda..semua benda...semuaaa...muaa..uaa. Masa hari cuti anda pegi kutip botol, tin-tin, surat khabar semua benda yang boleh dijual anda boleh kutip.

7. JANGAN GUNAKAN LAMPU
Waktu malam jgn gunakan lampu.Jangan guna lilin sebab lilin pun mahal..Guna jer lampu handphone/power bank anda..Pastikan anda cas handphone/powerbank anda kat tempat kerja. Hasilnya bil elektrik rumah anda mesti murah..

8.TV
Kalau anda nak menonton tv..anda pegi tengok tv kat rumah jiran.Kalau segan anda pergi ke mall/kedai elektronik yang menjual tv..ente tengokla tv kat situ.

9. DATING
Kepada couple-couple yang bercinta pulak kalau nak dating pegila date dekat tempat yang free contohnya rumah makbapak/bakal makbapak mertua anda sebab kat sana mesti ada makanan sebab mak/bakal makmertua dah masak  jadi jimat la duit.

10.GUNAKAN BARANG SAMPLE PERCUMA
Banyak website yang menawarkan barang sample percuma.Walaupun sample tapi free...
Antara website nya ----> http://www.malaysiafreesamplegiveaway.com/
                                ----> http://www.malaysiafreebies.com/promotion/freebies-free-sample/   
                                ---->http://freebiesland.my/



Sekian sahaja entry aku kali ini. Sampai berjumpa lagi babai.....huhu













No comments:

Post a Comment