Wednesday, 9 December 2015

INNISFREE NO SEBUM Mineral Powder review

maaf sebab foto kurang menarik perhatian maklumlah pakai camera telefon jer 


Annyeonghaseyo!! warga-warga masyarakat  semua...:) 

Hari ni aku nak review pasal satu produk kesukaan aku.Produk ni datangnya dari Korea.. amboi jauh sungguh noo hihi. Aku ni suka jugak menonton sinetron Korea ni maklumlah mamat-mamat Korea ni kacak belaka mwehehehe...aku ni pompuan okehhh!!

Almaklumlah cuaca kat Malaysia memang panas kalau pakai foundation tu memang takkan tahan lama punya jadi Innisfree No Sebum Mineral Powder sangatlah sesuai untuk kulit yang berminyak dan sangatlah membantu untuk mengekalkan daya ketahanan mekap...bila rasakan minyak kat muka tu makin merebak jadi cepat-cepatlah dap dap kan powder ni..kulit anda akan kelihatan segar semula seperti baru lepas mandi hehee

Kelebihan Innisfree No Sebum Mineral Powder
-Boleh digunakan bagi mengganti kertas kawalan minyak @oil control paper yang berkesan  menjadikan kulit lembut dan sentiasa matte.
-Sistem kawalan sebum yang dua kali ganda bagi mengawal rembesan sebum/minyak untuk  mengekalkan kulit yang lembut dan segar sepanjang hari.
-Dirumus khas dari bahan semulajadi iaitu mineral dari Jeju dan ekstrak pudina.
-Paraben free, talc free, artificial colors free, animal ingredients free, mineral oil free, artificial      fragrance free.

Bau Innisfree No Sebum Mineral Powder
Bagi ana bau powder ni macam campuran herba mungkin sebab ada pudina kot...tapi ok la sebab bau takla kuat sangat pun.

Cara Penggunaan
Bila dah selesai semua rutin kulit(lepas letak pelembab,foundation,mekap bagai) cuma perlu dap dap kan powder ni kat seluruh muka terutama dekat tempat yang mengeluarkan minyak berlebihan contohnya t-zone..Jangan risau powder ni tak jadikan mekap anda berubah sebab kesannya macam lutsinar @ translucent jadi tak menggangu mekap.

Tanggapan Terakhir
Pelik pulak ayat tanggapan terakhir..tak pa la bahasa jiwa bangsa...
Ni dah kali kedua aku beli produk ni..Aku memang suka!! walaupun packaging kecik tapi bertahan lama.Aku pakai setiap hari dan agak bertahan selama 2 bulan.Sangat syorkan kepada anda yang memiliki kulit di pagi hari berseri-seri namun pabila tengahari bersinar-sinar kerana minyak berlebihan yang sangat mendukacitakan mata yang memandang hokaloh hahaa
Haaa aku beli Innisfree No Sebum Mineral Powder dekat online shop---> 11street sebab masa tu ada diskaun hahaha

Ok sampai berjumpa lagi...tata





Tuesday, 8 December 2015

Bedak Sejuk yang Menyejukkan Mata Memandang





Amboihh tajuk lebih pada kamus dewan bahasa dan pustakaq hihi~~

Bedak sejuk memang dipercayai dan digunakan secara turun-temurun khasnya di Asia sebagai remedy untuk menjaga kecantikan kulit secara alami.
Kesannya memang tidak disangkal lagi malah produk terkenal seperti Oxy pun telah meng-edit dan memodenkan penggunaan bedak sejuk sehingga terhasilnya produk oxy powder toner terpromote produk Oxy pulak hehe.....

Ni antara kebaikan bedak sejuk: aku copypaste  
-Melicinkan muka
-Memberi kesegaran pada kulit
-Mengurangkan pengeluaran sebum/minyak pada kulit
-Menanggalkan sel kulit mati
-ia membantu sejukkan kulit
-Membersih dan menegangkan wajah
-Murah dan jimat duit 

Pada anda yang mengalami masalah jerawat takmo kecut, muka berminyak yang annoying??..

Ha meh la aku ajaq cara nak mengurangkan masalah tersebut.

Bahan-bahan yang diperlukan:

-Bedak sejuk 
-Air

Cara-cara penyediaan:
Ambik bedak sejuk , campur air secukupnya tenyeh-tenyeh sehingga sebati kemudian tepekkan di muka anda.

Petua tambahan :
Jika anda bosan asyik bancuhkan bedak sejuk dengan air anda boleh variasikan resepi bedak sejuk dengan jus limau nipis(sangat berkesan untuk kulit berminyak), air mawar(dijual di toko-toko jamu) , kulit kayu manis(sangat sesuai untuk yang mempunyai masalah resdung) bunga melur aka jasmine, toner yang selalu anda guna , timun , tomato , dan segala macam buah dan sayur mayur yang selamat untuk ditepekkan di muka anda...


Jomlah beramai-ramai menggunakan bedak sejuk!! 




     
  1.                         

Monday, 30 November 2015

SEMPERIT DALAM BALANG


Bersumberkan daripada Pokcik google : image
DamDamDum Bunyi Mercun~~~ haha lagu raya la pulak walaupun raya lambat lagi....harini aku sangatlah gatal tangan nak tulis blog pasal resepi kuih semperit yang menjadi dambaan aku di hari raya.Aku ni tak la expert pun nak buat kuih raya tapi minat la jugak...lagipun kuih semperit ni cukuplah mudah senang jimat dan sedap gillerrr uollss..


                   Aku ambik resepi ini kat sini <------- tq awak


Semperit Dahlia Sukatan Cawan
Bahan-Bahan
  • 1 cawan mentega /butter
  • 1 cawan gula kisar
  • 2 biji kuning telur
  • 2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 sudu teh pewarna kuning ( kalau dah guna tepung kastad tak payah letak)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • hirisan buah ceri merah /hijau untuk hiasan
Cara Membuat Biskut Semperit Dahlia
  • Putar gula dan mentega.Kemudian campurkan telur dan esen vanilla.
  • Ayak ketiga-tiga tepung.Campurkan sedikit demi sedikit bahan yang diputar.Uli sampai sebati.
  • Tambah tepung jagung jika masih lembik
  • Sapu dulang dengan butter
  • Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan doh ikut bentuk Bunga Dahlia.
  • Panaskan oven dengan suhu 150  darjah celcius dalam 30 minit atau lebih hingga masak.
Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah
  • Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
  • Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
  • Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
  • Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.Inshaa Allah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.

Trimas kepada semua selamatlah mencuba ;)