 |
Bersumberkan daripada Pokcik google : image
DamDamDum Bunyi Mercun~~~ haha lagu raya la pulak walaupun raya lambat lagi....harini aku sangatlah gatal tangan nak tulis blog pasal resepi kuih semperit yang menjadi dambaan aku di hari raya.Aku ni tak la expert pun nak buat kuih raya tapi minat la jugak...lagipun kuih semperit ni cukuplah mudah senang jimat dan sedap gillerrr uollss..
Aku ambik resepi ini kat sini <------- tq awak
|
Semperit Dahlia Sukatan Cawan
Bahan-Bahan
- 1 cawan mentega /butter
- 1 cawan gula kisar
- 2 biji kuning telur
- 2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- 2 sudu teh pewarna kuning ( kalau dah guna tepung kastad tak payah letak)
- 1 sudu teh esen vanila
- hirisan buah ceri merah /hijau untuk hiasan
Cara Membuat Biskut Semperit Dahlia
- Putar gula dan mentega.Kemudian campurkan telur dan esen vanilla.
- Ayak ketiga-tiga tepung.Campurkan sedikit demi sedikit bahan yang diputar.Uli sampai sebati.
- Tambah tepung jagung jika masih lembik
- Sapu dulang dengan butter
- Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan doh ikut bentuk Bunga Dahlia.
- Panaskan oven dengan suhu 150 darjah celcius dalam 30 minit atau lebih hingga masak.
Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah
- Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
- Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
- Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
- Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.Inshaa Allah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.
Trimas kepada semua selamatlah mencuba ;)
|
No comments:
Post a Comment