Wednesday, 17 February 2016

Cara hilangkan Ketuat atau Kutil Petua Rumput Ara Tanah/Susu Nabi


Entry kali ni nak buat pasal rumput pulak..biasala blog carca marba semua pun boleh ahahaha

Anda kenal tak ngan rumput tu? selalu ada kat tanah..memangla rumput kat tanah takkan kat langit pulak -- Nama saintifik rumput tu Euphorbia hirta nama panggilan antaranya ialah Ara Tanah , Susu Nabi , gelang susu , patikan kerbau , malnommee, pill bearing spurge , fei yang cao , amampat chaiarisi , erva de santa luzia dan banyak lagi folamak banyak nama dia..suka hati anda la nak sebut apa pon...Aku lebih suka sebut rumput susu nabi sebab rumput ni ada getah cair warna putih macam susu tapi tang nabi tu tak pasti la pulak camna boleh ada.

Rumput ni bukan sekadar rumput biasa ia mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan manusia.

-Merawat asma
- bronkitis 
-batuk 
-kekacingan 
-sakit mata dan disentri

Ok ni pengalaman aku ngan rumput ni....
Sebenarnya petua ni maklong aku bagi dia panggil rumput ni susu nabi. Dia pernah bagitau aku kalau kita ada ketuat/kutil ala biji keras yang jadi kat kulit tu...
Petuanya ambil rumput ni patahkan lepastu ambik getah warna putih yang keluar dari rumput tu tepek kat ketuat/kutil tu.Sapu Setiap hari In Shaa Allah ketuat anda akan mengecut...aku pun pernah cuba dah petua ni memang berkesan..
Jadi lepasni kalau anda tumbuh ketuat/kutil cubala petua ni..jimat duit he he he


ok...babai 




Tuesday, 16 February 2016

LipHop Moisturising Lightweight Sun Protection Spray SPF50 Review

Salam semua ^^ semoga sihat-sihat la hendaknya kat anda-anda semua...maklumlah musim sekarang tak menentu sekejap hujan sekejap panas jadi penyakit pun cepat menghinggap.
Pastikan banyak minum air putih , jangan selalu ada kat luar rumah lepas tu kalau demam cepat-cepat jumpa doktor memandangkan sekarang banyak sangat penyakit pelik-pelik muncul. Jagalah kesihatan diri anda.

Okey topik kali ni tak ada kena-mengena dengan kesihatan pun sebenarnya hehe..
Aku nak review pasal satu produk Korea yang terbaru yang aku guna iaitu LipHop Moisturising Lightweight Sun Protection Spray SPF50.


Memandangkan aku ni seorang yang sangat pemalas jadi benda ni memang sangat berguna dan menjimatkan masa. kan bagus kalau ada spray untuk makeup..pilih nak makeup tema apa lepas tu spray jaa...okey aku akui aku memang pemalas tahap jamban heee

Sebab-sebab aku suka ---->LipHop Moisturising Lightweight Sun Protection Spray SPF50 

  1.  Kandungan SPF yang tinggi..jadi memang sesuai untuk cuaca yang panas terik kat Malaysia  ni.
  2. Jimat masa cuma perlu spray.
  3. Senang dibawa kemana sahaja..boh ja dalam handbag sebab benda ni pun ringan.
  4. Tidak berminyak langsung - Ini paling penting bagi aku sebab sebelum ini aku selalu guna sunprotection yang jenis cream..muka pulak jenis berminyak lepas tenyeh-tenyeh kat muka dah comel bagai 10 minit kemudian mula la muka pun berminyak melekit-lekit rimas lemas.
  5. Boleh digunakan untuk seluruh badan
  6. Dermatologically tested and proven(Dermatologi diuji dan terbukti) - Memandangkan LipHop ni made in Jepun..orang Jepun ni sangat mementingkan kualiti dan kebersihan jadi produk-produk mereka kebanyakan perlu diuji oleh doktor kulit aka dermatologi sebelum dijual ke pasaran.


Kandungan LipHop Moisturising Lightweight Sun Protection Spray SPF50..aku copy - translate ja apa yang dia tulis kat botol tu hehe

  1.  Pertahanan ultra terhadap UV dan photoaging , berkesan melindungi kulit anda daripada sinaran berbahaya UVA / UVB
  2. Kandungan semburan jenis serbuk yang ringan dan unik membantu menyerap sebum yang berlebihan dan mewujudkan kanvas pada kulit untuk pemakaian solekan yang sempurna.
  3. Ekstrak Ros Myrtle membantu melegakan kemerahan selepas terdedah kepada cahaya matahari.
  4. Ekstrak Acerola yang tinggi kandungan antioksidan serta tinggi vitamin C membantu mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam di wajah.
  5. Ektrak Alga membantu mengukuhkan penyerapan kelembapan kulit melalui Filaggrin iaitu sumber kepada pelembap semulajadi.
  6. Bebas daripada PABA, paraben, aetificial colorant, animal derived ingredients, mineral oil, oxybenzone

Cara Guna
Spray ja la kat mana anda nak..tapi untuk muka kat botol tu kata kena spray kat tapak tangan dulu pastu sapu kat muka..tapi aku belasah ja spray terus kat muka muahahaha..lepas tu boleh la pakai pelembab , makeup etc.

Penelitian aku pasal produk ni memang baik , mudah , berguna dan berbaloi. Jadi aku sangat mengesyorkan kat anda untuk cuba LipHop Moisturising Lightweight Sun Protection Spray SPF50 ni.Aku beli kat guardian masa tu ada promosi RM28 berapa sen ntah...

fuhh panjang lebar review aku..tata jumpa lagi












Thursday, 28 January 2016

Cara Untuk Jimatkan Kos Sara Hidup



Selamat tahun 2016 semua!!! :) walaupun dah nak hujung bulan Januari pun aku tetap nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 ...semoga tahun ini kehidupan anda semua lebih baik dan bahagia.

Penulisan karya agung aku kali ini memang seriuuuss dan semoga dapat memberi inspirasi kepada anda.Semoga berjaya!!

*AMARAN KERAS SEMUA IDEA DAN KANDUNGAN MAKLUMAT DALAM ENTRY INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA TIDAK KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN MATI.JANGAN DILAKUKAN DI RUMAH ATAUPUN RUMAH JIRAN-JIRAN ANDA.BACA DENGAN RISIKO ANDA SENDIRI.

10 Cara Menjimatkan Kos Sara Hidup Tinggi Yang Stress Giller

1. GUNA BASIKAL
Jika mempunyai kenderaan seperti kereta atau motosikal sila jualkan dan beli basikal kerana basikal dapat menjimatkan kos.NO PETROL NO MAINTAINENCE NO MONTLY SERVICE kalau rosak pun murah jer nak baiki.Disamping itu boleh feeling-feeling macam peserta Le Tour De Langkawi..

2. INTERNET
Zaman sekarang internet terlalu penting..nak beli data mahal jadi jangan beli..Sila gunakan wifi free seperti di restoran mamak,kfc,dan wifi jiran..berbaik-baiklah dengan jiran ente mudah-mudahan dia nak kongsikan password.

3.JIMAT MAKAN
Makan maggi dengan air kosong jer setiap hari..potong dua mi maggi tu..separuh untuk sarapan separuh lagi untuk makan malam.Kalau dah jemu anda boleh ziarah jiran-jiran ente nanti pasti jiran akan sediakan sedikit hidangan..bersyukurlah walaupun biskut kering.

4. SHOPPING
- error404 -

5. SEWAKAN BILIK
Jika anda tinggal dalam rumah sewa dan mempunyai bilik kosong sila cari roommate dan tong-tong duit sewa rumah..kalau rumah sewa anda ada 3 bilik kosong..cari 12 orang roommate dengan ini sewa rumah anda jadi murah.

6.KITAR SEMULA
Kitar semula semua benda..semua benda...semuaaa...muaa..uaa. Masa hari cuti anda pegi kutip botol, tin-tin, surat khabar semua benda yang boleh dijual anda boleh kutip.

7. JANGAN GUNAKAN LAMPU
Waktu malam jgn gunakan lampu.Jangan guna lilin sebab lilin pun mahal..Guna jer lampu handphone/power bank anda..Pastikan anda cas handphone/powerbank anda kat tempat kerja. Hasilnya bil elektrik rumah anda mesti murah..

8.TV
Kalau anda nak menonton tv..anda pegi tengok tv kat rumah jiran.Kalau segan anda pergi ke mall/kedai elektronik yang menjual tv..ente tengokla tv kat situ.

9. DATING
Kepada couple-couple yang bercinta pulak kalau nak dating pegila date dekat tempat yang free contohnya rumah makbapak/bakal makbapak mertua anda sebab kat sana mesti ada makanan sebab mak/bakal makmertua dah masak  jadi jimat la duit.

10.GUNAKAN BARANG SAMPLE PERCUMA
Banyak website yang menawarkan barang sample percuma.Walaupun sample tapi free...
Antara website nya ----> http://www.malaysiafreesamplegiveaway.com/
                                ----> http://www.malaysiafreebies.com/promotion/freebies-free-sample/   
                                ---->http://freebiesland.my/



Sekian sahaja entry aku kali ini. Sampai berjumpa lagi babai.....huhu